Ikuti kami di

Korea Utara: Israel puncak sebenar peperangan

Korea Utara: Israel puncak sebenar peperangan

BelumAdaJudul.com
|| PYONGYANG: Media kerajaan Korea Utara menyalahkan Israel menyebabkan pertumpahan darah di Gaza, mencetus pertempuran tentera antara Israel dan Pejuang Hamas.

Jurucakap pemerintah republik itu menerbitkan artikel ringkas mengenai konflik dan korban, yang memetik laporan media asing.

Menerusi kenyataan itu, pihaknya memetik, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran ini akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka.

Keganasan yang mengorbankan lebih 1,500 orang, mendorong pengisytiharan antara bangsa menyokong Israel dan merayu untuk menamatkan pertempuran dan perlindungan orang awam selepas serangan Hamas pada Sabtu lalu.

Hamas mengancam melakukan serangan setiap kali Israel mengebom rumah Palestin tanpa amaran, di tengah-tengah kebimbangan serangan darat oleh Israel, yang bertindak mengerahkan 300,000 pasukan simpanan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan mengenakan sekatan ke atas Gaza.

Media Korea Utara sebelum ini sering berhujah menentang pandangan Barat, terutama Amerika Syarikat mengenai isu antarabangsa.

Semalam, media kerajaan mengutuk ‘pasukan bermusuhan di dalam dan di luar Syria’ kerana serangan dron baru-baru ini menyebabkan ramai menjadi korban di negara itu, sambil menyifatkan ia sebagai percubaan pengganas untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad.


Sumber :
BULETINTV3➚

Tag :
#Israel
#Palestina
#Korea Utara
#Perang
#KimJong Un

Post a Comment for "Korea Utara: Israel puncak sebenar peperangan"